Moral: Jangan  gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak
lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu  atau ibu)
menemui ajalnya. Buat para  isteri, jangan sampai jadikan suami anak
derhaka...
Setiap kali menjelang  ramadhan tergiang-giang suara ibu yang
rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas  tahun.
Diantara tazkirah ibu yang  amat saya ingat ialah ketika bulan puasa
selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu  akan
memanggil kami semua (3 orang  anak perempuannya - ibu mempunyai 4
orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang  anak
lelaki) dan akan bercerita  tentang kebesaran Allah dan hukum hakam
dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah  difahami
walaupun ketika itu saya  masih lagi bersekolah menengah rendah dan
ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga  bulan.
Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar  baik-baik lebih-lebih
lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan  mendirikan
rumahtangga tak lama  lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu
kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke  kampong
siapa pada hari raya  pertama. Betul tak??????
Ateh & Acik :  Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........
Ibu : Dengar  dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim,
rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah  siapakah
yang akan kamu tuju  dulu?
Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab  dekat
Ibu : Tidak.......ibu  tidak izinkan kamu balik ke
sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua  dan suami
kamu izinkan barulah balik  ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya
yang keberapa  sekalipun.
Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler  tue...... dia nie banyak
ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir  dalam
menjahit, sulam menyulam,  memasak dan juga pandai mengurut....diantara
kami adik-beradik dialah yang paling  dalam 
pengetahuannya dalam islam seperti ibu  juga).
Acik : Mana boleh macam  tu tak aci lahhhhhh......kena
gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki  bangkang
pun.....outspoken skit  kalau dia tak puas ati)
Ibu : Ingatlah......jika  anak-anak perempuan itu sayangkan ibu
bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di  akhirat
nanti...taatlah pada suami  dan mentua ........
Acik : Macam kaum h****  lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.
Ibu : Bukan macam  tu......islam tu indah.......setiap anak-anak
perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka,  ibubapanya
akan mendapat pahala di  atas ketaatannya itu..... dan seperkara
lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya  dua 
perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu  mengikut
ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah  dia tak
akan ke mana.....kalau dia  melilau pun dia akan kembali kepada kamu
juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah  payah
macam kaum lelaki di luar  rumah mencari pahala.
Ditakdirkan Allah Ateh  bernikah dengan abang ipar yang yatim
piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik  pulak
masih mempunyai ibubapa mentua  . Hampir setiap tahun pada hari raya
puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka  cuma pada
hari keempat atau  selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di  Kedah).
Dengan takdir Allah ketika saya berada di  tingkatan 6 rendah, dua
hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah  ibu. Ibu
terkejut tapi saya  rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu
pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk  berbual 
dengan abang ipar...
Ibu : Bila kamu nak bawa  isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan  beraya di sini dan raya ke dua nanti baru
balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn  ibu).
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri  kamu?
Abang ipar : Tidak  bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa  kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka  tiada halangan.
(dalam hati saya rasa  terkilan..........apalah ibu nie....biarkan
jerlah Acik nak beraya di  sini)
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon  dengan emak kamu. (abang
ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan  menyerahkan
ganggang talipon pada  ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu  di
sini.(sambil menitis airmata)  Terima kasih kerana membawa anak dan
cucu-cucu ibu ke  sini.
Apabila habis bulan syawal seperti biasa  hanya saya dan ibu saja
tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat  dengan ibu
dan masih solo ketika  itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga
kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam  tapi ibu
amat kecewa dengan  kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu
dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.  Bayangkanlah 
menantu perempuan ibu yang sulong tidak  pernah bermalam di rumah
ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau  menolong
kerja-kerja rumah yang  lain....(tak boleh cerita panjang.........dah
masuk bab mengumpat  lak.......).
Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali  ke rahmatullah membawa
seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.  Alhamdulillah
apabila saya  mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak
mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti  kami
sekeluarga akan habiskan di  rumah mentua saya. Saya juga salah 
seorang menantu yang  disenangi.
Saya selalu bertanya  pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah
aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang  isteri
yang  solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu  ku
dulu???????? Ya Allah.....berilah  aku petunjuk dan pimpinlah aku ke
jalan yang engkau redhai.....Aminnn
|  "Tunggu: Lihat Bagaimana Anda Boleh Berjimat Beribu Ringgit untuk Memulakan Bisnes Online Anda... Satu Cara Yang SIMPLE tetapi BERKESAN... Dapatkan PERCUMA Sekarang" CLICK HERE | 
Website-website FREE yang anda patut cuba:
Apa itu Mesothelioma?? Cuba Search kat Sini.
Saturday, September 8, 2007
Raya & Kisah Balik Kampung
Posted by
Mesothelioma
at
1:57 PM
 
 
Labels: Studen Loan Consolidation, Student Loan Consolidation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment