Cuba kita fikir2 kan...
Assalamualaikum, 
Kalau tak silap  saya, belum ada orang yang beri 
jawapan samada untung atau rugi buat ASB  loan ini. 
Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya 
samada  elok atau tidak elok buat ASB loan ini. 
Analisis yang saya buat ini  cuma ringkas saja dan 
tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu.  
Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat 
keputusan untuk  membuat ASB Loan (melabur ke ASB 
dengan duit pinjaman bank).  
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari 
Deposit RM  5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank 
mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9%  setahun) 
==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.  
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd 
anda.  Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 
7,000 setiap tahun. Boleh  dibelanjakan apa saja anda 
suka dan at the end of 20 years, anda akan terima  RM 
100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, 
pendidikan anak dan  sebagainya. 
Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman  
---------------------------------------------------- 
Hasil pengiraan  saya menggunakan software Optimoney, 
jika dividen 7% setahun atau RM 7,000  itu dibayar 
semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, 
loan  ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 
bulan dengan jumlah  pembayaran penuh hampir RM 120,827 
(termasuk deposit RM5,000 dan dividen  RM7,000 yg 
dibayar semula setiap tahun) 
Ini bermakna, anda  terpaksa membayar RM 120,000 untuk 
mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8 bulan.  Untung atau 
rugi? 
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap  bulan 
selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 
94,260. Campur  deposit RM 5,000 yang disimpanutk 8 
tahun juga, future value adalah RM  8,590. Total nilai 
pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.  
Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain  
bayar bulanan kpd loan 
-----------------------------------------------  
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% 
setahun, jumlah  pembayaran penuh selepas 20 tahun 
adalah RM 175,359 (kos) 
Dengan  dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 
dan duit ASB selepas 20 tahun =  RM 100,000 (+) 
--------------------------------------- 
Duit Yang  Diterima = RM 240,000 
---------------------------------------  
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda 
perolehi  RM 240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos 
pinjaman anda berjumlah RM  175,359 shj. 
Untung pada mata kasar = RM 64,641 
Tetapi,  bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan 
anda maintain bayaran bulanan RM  731 selama 20 tahun, 
anda sebenarnya rugi besar. 
Ini kerana  dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk 
tempoh 20 tahun, nilai pelaburan  anda akan menjadi 
RM 383,018. 
Ini bermakna, oleh kerana anda  ambil ASB loan dari 
bank, anda kehilangan 'potential gain' 
Total Value  jika anda simpan sendiri = RM 383,018 
Total gain kalau anda ambil loan = RM  240,000 (-) 
------------------------------------------------- 
Kehilangan  Keuntungan RM 143,018 
================================================  
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank 
Dengan modal  pinjaman RM 95,000, bank terima RM 
175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu.  Ini bermakna 
mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang 
anda  boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. 
Masalahnya, bank tidak boleh  melabur dalam ASB kerana 
ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB  loan, 
mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka 
ambil dari  pelaburan anda. 
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya. 
Oleh itu,  lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit 
sendiri. Moralnya, jangan  melabur dengan duit hutang. 
Diharap email ini dapat menjawab dilemma  anda selama 
ini. Terima kasih. 
|  "Tunggu: Lihat Bagaimana Anda Boleh Berjimat Beribu Ringgit untuk Memulakan Bisnes Online Anda... Satu Cara Yang SIMPLE tetapi BERKESAN... Dapatkan PERCUMA Sekarang" CLICK HERE | 
Website-website FREE yang anda patut cuba:
Apa itu Mesothelioma?? Cuba Search kat Sini.
Saturday, September 8, 2007
Melabur dalam ASB menggunakan loan bank. - Untung @Rugi?
Posted by
Mesothelioma
at
1:57 PM
 
 
Labels: Student Loan Consolidation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
lu salah kira la bro
Pinjam 20000
Byr blk 153*12*20=36720(kos)
Div 7% frm 20000 = 1400
Total div=1400*20 thn=28000
Akhir dpt 28000 + 20000 =48000
Tolak kos 48000 – 36720=11280
untung 11K
Post a Comment