Oleh Nurul Adlina Kamaludin
 
 KETIKA dunia terus menyaksikan sandiwara Israel yang tidak  berkesudahan bagi menjejaskan proses damai di bumi Palestin, ada satu lagi isu  yang memeningkan Perdana Menteri Ehud Olmert dan pemimpin kumpulan pelobi utama  Yahudi di negara lain.
 Ia tiada kaitan dengan nasib penduduk Palestin yang terus dianiayai atau  taktik terbaru memperkotak katikkan pemimpin tertentu Palestin dan Arab yang  terus menjadi buah catur permainan licik rejim Zionis.
 Sebaliknya, ia menyentuh isu lebih penting iaitu kelangsungan bangsa  Yahudi, kewujudan Israel sebagai negara mutlak penganut Yahudi dan persepsi  bangsa itu di mata dunia.
 Masalah itu ibarat barah yang melenyapkan kelangsungan bangsa yang biarpun  nampak hebat, tetapi goyah dari segi bilangan penduduknya. Biarpun kelihatan  kuat, hakikatnya, Israel terpaksa bergantung harap kepada simpati dunia menerusi  peristiwa Holocaust dan bantuan Amerika Syarikat.
Kawin  campur punca Yahudi pupus
 Kemelut utamanya adalah masalah kurangnya zuriat bagi meneruskan keturunan  Yahudi ini, seperti dipaparkan kajian kumpulan pelobi utama Yahudi, The Jewish  Agency menerusi Institut Perancangan Dasar dan Penduduk Yahudi yang diketuai  tokoh akademik, Profesor Yechezkel Dror.
 Kajian institut berpejabat di Baitulmaqdis yang menyentuh keadaan semasa  dan masa depan Yahudi, antara lain mendedahkan bilangan penduduk Yahudi di  seluruh dunia kini susut 25 peratus sejak 1970. Ia disebabkan kadar kelahiran  rakyatnya yang rendah dan peningkatan perkahwinan campur, di dalam dan luar  Israel. Statistik 2006 menunjukkan penduduk Yahudi mencecah 13  juta.
 Pada 1939, ada 17 juta penduduk Yahudi di dunia dan ia makin berkurangan  sejak 40 tahun lalu. Jika keadaan berterusan, masyarakat Yahudi mungkin terus  berkurangan atau semakin ‘pupus’ pada 2080.
 Israel mahu menjadi negara mutlak Yahudi dunia seawal 2020 dan menempatkan  bilangan penduduk Yahudi paling ramai di dunia menjelang 2050, sama ada menerusi  kelahiran baru atau pun penghijrahan penganut Yahudi dari  luar.
 Namun, berdasarkan perkembangan semasa, harapan Israel mungkin sukar  dicapai.
 Negara yang hebat dalam ketenteraan, perubatan, kewangan, perdagangan,  taktik politik, pelobi, licik dan pembunuh anak Palestin dan Lubnan, kini  ketandusan bayi atau zuriat bagi meneruskan kelangsungan bangsa  Yahudi.
 Lebih sukar, ia turut berdepan krisis identiti diri. Ada penganut Yahudi  malu mendedahkan identiti sebenar kerana bimbang menjadi sasaran bukan saja  daripada masyarakat Islam, tetapi masyarakat lain yang memandang sinis kepada  Yahudi.
 Kaum Yahudi digambarkan sebagai kaki ampu, memonopoli kuasa ekonomi dunia  dan tidak setia, seperti dibuktikan hasil tinjauan terbaru di enam negara  Eropah, yang diumumkan Selasa lalu.
 Kesetiaan orang Yahudi diragui
 Separuh responden dalam kajian di Austria, Belgium, Britain, Hungary,  Belanda dan Switzerland secara terang-terang meragui kesetiaan penduduk Yahudi  yang dilihat lebih setia kepada Israel berbanding negara tumpangan mereka.
 Tinjauan kumpulan pelobi Yahudi Anti-Defamation League (ADL) juga  menunjukkan 34.5 peratus yakin Yahudi menguasai sektor kewangan dan perniagaan  dunia. Tidak cukup dengan itu, 43 peratus lain berpendapat bangsa Yahudi terlalu  banyak bercakap mengenai peristiwa Holocaust yang didakwa pembunuhan  berjuta-juta Yahudi oleh Nazi ketika Perang Dunia Kedua.
 Kajian itu menunjukkan peningkatan sikap antiSemitik yang lebih ketara,  berbanding tinjauan sebelumnya pada 2005 dan Hungary adalah negara paling tinggi  memaparkan sikap antiSemitik berbanding negara Eropah yang lain.
 “Kami bimbang apabila mendapati peratusan besar responden dan majoriti di  Austria, Hungary dan Switzerland yang yakin penduduk Yahudi Amerika Syarikat  mengawal dasar Washington ke atas Asia Barat,” kata Pengarah ADL Abraham  Foxman.
 Beliau menyifatkan perkembangan itu amat membimbangkan kerana masih ramai  rakyat Eropah meragui penduduk Yahudi, sedangkan ia sepatutnya sudah terkubur  selepas kejatuhan pengaruh komunis.
 Hakikatnya, biarpun rakyat Hungary paling syak wasangka terhadap bangsa  Yahudi dan Israel, Britain – sekutu AS yang juga rakan baik Israel, terbukti  lebih lantang.
 Bayangkan dalam masa tidak sampai setahun saja, tokoh akademik, wartawan,  arkitek, doktor dan terbaru pekerja pengangkutannya menerusi kesatuan  masing-masing yang mencecah hampir sejuta anggota, melancarkan usaha memboikot  Israel atas kekejaman rejim Zionis itu terhadap penduduk  Palestin.
Wang imbuhan berpindah ke Israel
 Ia bermula April lalu apabila Kesatuan Wartawan Kebangsaan Britain,  menyokong usaha pemulauan barang Israel. Sebulan berikutnya, Kesatuan Arkitek  dan Perancang Britain menyelar rakan profesional mereka di Israel kerana  menyertai projek pembinaan negara Yahudi di wilayah Palestin yang dicerobohi.  Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) yang juga persatuan terbesar pensyarah  institusi pendidik Britain, pula menyokong tindakan kesatuan sekerja Palestin  memulaukan ahli akademik dan pusat pengajian tinggi Israel. Terbaru, Kesatuan  Pekerja Pengangkutan yang juga antara yang terbesar di negara Barat itu,  memboikot semua produk Israel.
 Perkembangan itu sudah pasti diberi tumpuan pentadbiran Olmert dan  sekutunya, Presiden George W Bush. 
 Di Iran, masyarakat Yahudi menolak tawaran wang tunai sehingga £30,000  (RM210,000) bagi setiap keluarga untuk berpindah ke Israel, seperti didedahkan  akhbar Guardian, Rabu lalu.
 Siapa sangka di sebalik kehebatan Israel, ada hakikat suram sedang  membelenggu mereka. Hakikat ibarat barah yang mengancam kelangsungan bangsa  Yahudi dalam bentuk kekurangan zuriat serta pengaruhnya yang makin suram pada  peringkat antarabangsa.
 Apa guna kuasa, wang, pengaruh dan kehebatan tentera jika pada kesudahannya  Israel dan bangsa Yahudi makin pupus. Harian Metro
 
No comments:
Post a Comment