Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi
Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas
perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama
menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang
asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui
adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian
yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama
Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau
yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah
Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh
orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh
ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di
sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama
termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan
hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH
yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal
dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu
institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan
Kristian Sabah. Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas
sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke
negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi.
Saya bertugas
di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah
yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang
pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan
harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang
terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya
perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama
Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung
tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di
fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga
yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah
Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah
banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi
paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang
saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung
Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi
tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul
di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan
dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah,
mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu
mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai
Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian
seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke
Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di
sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia
iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan
perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya
berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita
ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia
biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad
saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang
datang mengaku dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun
tidak pernah melakukannya. "
Beliau berkata, ?Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang
paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang
dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau
seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi
Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus
Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai
dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut
lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi
untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan
kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab,
"Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, ?Pernahkah orang nampak Tuhan?
Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ
(Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan
agama."
Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika
Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening
dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki
iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."
Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis
boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik
apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak,
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya
terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.
Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang
paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di
dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka
mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah
paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari
proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini.
Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor
perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh
mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin
lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian
beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.
Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat
apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh
melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah
beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa
beliau belajar di Indonesia;
Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau
menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya
membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan
surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya
semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat
melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan
permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya
katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup
mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi
apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai
bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini
sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang
membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia
ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati
dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh
Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan
padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh
tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus
(sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti
Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang
dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya
cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.
Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut
Islam.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan
kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan
datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi
yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini
baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius
kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama
Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika
kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut
Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan
agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat
saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh
seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di
gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan
kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi
ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan
kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya
diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang
ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi
kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia
masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada
saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya
telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin
menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak
berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana
dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi
kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada
hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas
kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal.
Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya
paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan
bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan
tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak
mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut.
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau
mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari
mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka
meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di
almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam
upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya.
Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas
kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua
paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat
belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad
pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan
tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan
(Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung
ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.'
Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat
tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh
meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak
sesuka hatiku?
Turunnya hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya
tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan
Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah
tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku".
Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya
yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata
saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam
itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi
menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di
dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu
tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya
tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang
benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan
saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan
kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, ?Negeri apakah
ini?"
Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini
negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap
tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan
umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani
katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa
ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka
melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh
mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk,
tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan
Nasara (Kristian)."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang
kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya
terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar
seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun
dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah
bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan
kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh
ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit.
Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya
menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya
pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang
saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata
kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah,
susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh
Sabah."
Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang
ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini
saya mahu peluk Islam."
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam
sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah
dahulu, baru awak boleh masuk Islam."
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian,
hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya
turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati,
maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab? "
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka
pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
Kekuatan diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya
melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk
upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas
kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri
saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau
tak sembahyang lagi bagus."
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan.
Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli
keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah
siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah
mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan
kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak
payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di
makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil
memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu
perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu
banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu
bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang
betul adalah Islam."
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli
keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali,
"Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya
mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."
Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa
ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi
tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari
tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur
saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga
ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup
kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian)
mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan
diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi
belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan
menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992
dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat
pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan
juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian.
Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan
Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana
yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap
dating walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia
setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa
saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata
berusia satu tahun setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan
tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya
perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir,
jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara
yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang
susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat
Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini
yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di
sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak
berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah
mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan
mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu
saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan
pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu
mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua
semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi
mengapa perlu tinggalkan Islam?"
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin
murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat
sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi
sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar.
Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah
kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana
gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza
dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.
Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak
bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap
hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola
sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut.
Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah
tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk
disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.
Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu
berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka
memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang
Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini
berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal
kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan
mereka yang bijak.
Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk
mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian.
Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih
ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada
awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka
tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan
setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu
tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam
tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali.
Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan
pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan
saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya,
orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan
Hadis.
Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya
dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di
dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan
Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan
Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."
Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca
al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca
ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak
betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh.
Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun
baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan
awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya,
"Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat
tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara),
tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan
semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan
firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi
sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan
kosong itu?"
Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau
menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan
kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata
apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah,
siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika
diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan
bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan
rendah pengetahuan agamanya?
Siapa sasaran Kristian
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan
masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar.
Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa
bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita
Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang
Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila
pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama
itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa
kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila
seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau
memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita
ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya
itu ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam
tudung kamu itu".
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian
beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau
sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya
yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya.
Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya
untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya
penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat
pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi
yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk
memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan
memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan
memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian
mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah
berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah
dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
SEBAGAI UMAT ISLAM ..... JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN
RISALAH INI"
aku cinta Malaysia.... .tapi lebih cintakan ALLAH....... .... oleh itu,
jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan
Allah......DAHULUKA N KEPENTINGAN ALLAH....
"Tunggu: Lihat Bagaimana Anda Boleh Berjimat Beribu Ringgit untuk Memulakan Bisnes Online Anda... Satu Cara Yang SIMPLE tetapi BERKESAN... Dapatkan PERCUMA Sekarang" CLICK HERE |
Website-website FREE yang anda patut cuba:
Apa itu Mesothelioma?? Cuba Search kat Sini.
Monday, September 10, 2007
BACALAH WAHAI KRISTIAN, ISLAM, HINDU DAN BUDHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
father thomas laiden? keturunan solok? di kota kinabalu? hmmmmmmmmmm..confused.... but nvm.. tapi sebagai umat kristian kami rasa kami menyembah Tuhan Allah dan menghormatinya.. bukankah yesus cuma pengutus Tuhan?
saya bukannya tak nak percaya tapi, pada zaman sekarang ni, kita tak tau mana yang betul dan mana yang dah dipalsukan, yang penting kita beriman kepada Tuhan Allah. islam kristian adalah agama Allah dan kita tak tau kristian tu agama palsu atau tidak, tak ada bukti kukuh, dan islam juga begitu..
sebagai umat kristian saya menghormati agama islam dan anggap islam adalah agama Allah,, tapi saya rasa kristian juga sama yang penting kita dengan Allah, hormat, buat baik sesama manusia, dan menghormati kepercayaan orang lain
Woi elys! Mung ni bodo benar! Jelas jelas Kristian tu salah, mung cayo lagi! Gila apo mung ni?
Salam komentar, ko tak leh salahkan elys sebab tu dia punya pendapat. jgn nak salahkan org tak tentu pasal. Pada elys nasihat aku adalah ko kena kaji btul tentang kristian dan Islam. mmg btul kebanyakkan perkara telah disongsang kan. tapi kita berada di zaman Nabi Muhammad. sebab tu yang diceritakan oleh pencerita tu bila dia naik langit ketujuh ada lelaki mengatakan ini negeri Muhammad. Pikir lah
salam..pd pendpt saya ape yg diceritakan oleh bks paderi itu byk boleh dijadikan tauladan kpd kita..kpd yg ragu2 hendaklah byk bertanya kpd mrk yg berilmu..supaya tidk terpesong..sesunngguhnya agama Islam shj yg diterima oleh Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..bg elys sdh tentu anda merasakn agama kristian adlh bnr krn itu agama anda namun anda boleh berfikir secara logik kan..Allah menciptakan alam sbg bukti kebesaranNya..dan knp Nabi Muhammad diutuskan..selongkarlah kebenarannya..
salam..pd pendpt saya ape yg diceritakan oleh bks paderi itu byk boleh dijadikan tauladan kpd kita..kpd yg ragu2 hendaklah byk bertanya kpd mrk yg berilmu..supaya tidk terpesong..sesunngguhnya agama Islam shj yg diterima oleh Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..bg elys sdh tentu anda merasakn agama kristian adlh bnr krn itu agama anda namun anda boleh berfikir secara logik kan..Allah menciptakan alam sbg bukti kebesaranNya..dan knp Nabi Muhammad diutuskan..selongkarlah kebenarannya..
salam..pd pendpt saya ape yg diceritakan oleh bks paderi itu byk boleh dijadikan tauladan kpd kita..kpd yg ragu2 hendaklah byk bertanya kpd mrk yg berilmu..supaya tidk terpesong..sesunngguhnya agama Islam shj yg diterima oleh Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..bg elys sdh tentu anda merasakn agama kristian adlh bnr krn itu agama anda namun anda boleh berfikir secara logik kan..Allah menciptakan alam sbg bukti kebesaranNya..dan knp Nabi Muhammad diutuskan..selongkarlah kebenarannya..
15MARCH2009..
father thomas laiden? keturunan solok? di kota kinabalu..??.mcm tak pena pula nampak nama tu.
nampaknya mcm tak puas hati je tu.he he he.sebenarnya dari diri kita je tu.agama apa yg kita nak pilih pun.masing-masing dengan kepercayaan sendiri lah kan.
ckp 12thn belajar pasal agama kristian tapi rumusan tu mcm tak tau langsung pasal agama kristian je tu.
mcm cerita filem pula kan. lucu juga... selama ini sy hanya mendengar
orang islam masuk agama kristian je.
"YESUS MATI UNTUK SEMUA ORANG"
"SEMUA ORANG MATI UNTUK NABI MUHAMMAD"
mana yang ok?.....
kalau nak tau jawapan bacalah alkitab dan fahami maksudnya.
Suadara/ri sekalian, nama paderi Thomas laiden tk ada dlm senarai di Sabah..keturunan Suluk?.mana ada org suluk kristian?Suluk di sabah org selatan pilipin(muslim)..ia..tentang Ekaristi yg dinyatakan..aduh jauh maksudnya tu oi..kamu tau apa tu EKARISTI..adalah perjamuan terakhir Jesus Christ bersama muridnya"perjanjian tubuh dan darah"..pengampunan dosa,paderi bukannya mengampuni dosa manusia,tetapi sebagai pengantara agar manusia yang berdosa bertobatdari melakukan dosa..ia sebagai org yg percaya kepada kematian dan kebangkitan dan kehidupan yg kekal,semuanya sudah tersedia oleh Allah Bapa disyurga, hanya manusia saja mencapainya.Jesus Chist mencintai segala bangsa didunia dan barang siapa yg mempercayainya dan mengikutinya maka dia akan diselamatkan dari dosanya. Jangan sampai ikat BOM letupkan diri membunuh org tk berdosa..itu bukan mati syahid..itu mati pembunuh(mati katak)
So, org yang menulis blog tersebut cuma memutarbelitkan mindah kamu..Jangan percaya.
kenapa perlukan paderi sebagai pengantara utk pengampunan dosa?hmm...umat islam tak perlukan org lain...diri sendiri saja yg diperlukan dgn berdoa....
this is fucked man!!!!this is so NOT TRUE!!
salam 1 malaysia
tidak ada jawatan PADERI BESAR dalam kristian.nampaknya PADERI BESAR kita ini telah mengarang sebuah cerita berdasarkan pembacaan cetek beliau. Kaum Suluk di Sabah asalnya dari kepulauan FILIPINA dan adalah penganut agama ISLAM. mungkin juga beliau telah murtad dari agama terdahulu beliau dan belajar agama KIRISTIN selama 12 tahun kemudian murtad kembali:). karangan beliau ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa pengatahuan beliau dalam agama KRISTIAN adalah sangat cetek.tidak pernah pula saya mendengar seorang anak dikejar bapanya dengan parang panjang ditangan sehingga kini kerana jikalau ada sudah pasti seluruh rakyat MALAYSIA khususnya di SABAH akan mengetahui hal ini.so....tahniah PADERI BESAR kerana telah mengarang sebuah karangan yang berjaya menyemarakkan lagi bahang api sensetiviti kaum.dapat upah ker..........?
Post a Comment