Malam Pertama..
     Sempena musim kawin..kekekkeke...Lesson: Bukak sume hadiah b4
     masuk tido...kekeke..:p
     Malam Pertama
     Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung
     disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku
     memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara
     sumbang terlalu banyak yang menegurku.
     "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
     "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu."
     sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.
     Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan
     pukul 11.00 malam.
     Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku
     tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah
     isteriku.
     "Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu."
     Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
     Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di
     luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku
     telah pulang dan keluargaku telah tidur.
     Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal
     yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!"
     ke telinganya untuk menguji isteriku.
     "Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.
     Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak
     harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku
     sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai
     tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
     "Kringggggg...."
     "Tik..tik..tik..tik..."
     "Kring.. kring..kring.."
     Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku.
     Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka
     lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
     Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di
     rumahku.
     Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke
     sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan
     pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga
     sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan
     gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong
     stim. Ikhlas dari : Class of 92/93, SMKAS.
     Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.
     TAMAT
     Andai hidup punca perpisahan,
     biarlah mati menyambungnya semula.
     Namun seandainya mati punca perpisahan,
     biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
|  "Tunggu: Lihat Bagaimana Anda Boleh Berjimat Beribu Ringgit untuk Memulakan Bisnes Online Anda... Satu Cara Yang SIMPLE tetapi BERKESAN... Dapatkan PERCUMA Sekarang" CLICK HERE | 
Website-website FREE yang anda patut cuba:
Apa itu Mesothelioma?? Cuba Search kat Sini.
Saturday, September 8, 2007
Kisah Malam Pertama
Posted by
Mesothelioma
at
1:57 PM
 
 
Labels: Student Loan Consolidation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment